Sunday, April 10, 2011

Qu Ketagih Tempe....

sejak dua menjak..erkkk...agak 4 5 tahun lepas la...ked dah start gile makan tempe...tambah2 lau masak kering sambal...peh..hari2 menu yg sama pun xkisah...start makan tempe ni time stdy kat arau dlu...mmg menu pilihan lah....skrg ni pun lau p pasar malam mesti singgah beli tempe yg dibalut dgn daun pisang...br sedap n tahan lama...wangi pun wangi...hehe..


oke...ape kebaikan tempe nie????

kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:


1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.

Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda. " sumber dari www.ridzalmersing.com

"Sanggupkah anda menggunakan produk sebegitu yang memanfaatkan khasiat tempe yang sememangnya diketahui memberikan pelbagai kebaikan jika diambil sebagai makanan? 

Kini, tempe bukan hanya digunakan sebagai makanan, bahkan kajian oleh Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian (SIRIM) berjaya menghasilkan produk penjagaan kecantikan kulit yang memanfaatkan keunikan bahan berkenaan. " sumber dari berita harian




RESIPI TEMPE GORENG
Tempe
Garam
Kunyit
Hirisan bawang merah
Cili padi


cara-cara


goreng tempe yg sudah dilumurkan dengan kunyit dan garam, macam nak grg ikan tuhh...hehe...
goreng garing2, kemudian kurangkan minyak dlm kuali untuk mengoreng hirisan bawang.
goreng bawang hingga agak garing kemudian masukkan juga hirisan cili padi. last sekali masukkan tempe yg suda siap di goreng tadi....weeeeeeeeeeeee....


tempe ni sedap kalau dimakan bsama dgn sambal kicap...(kicap yg di mixkan dgn cili padi yg ditumbuk)..
meleleh sehhhhhhh......oke...lapar balik petang2 ni..mungkin bule jadi hidangan tuk makan malam...oyeaaaa..

3 0 kumtum orkid pandai menaip:

~nsar~ said...

alamak tempe... larikkkk... hehe.. sory... fiqah jem kaya dengan tempe... hehe

OKEdChokelaT said...

fiqah : ha..nak kulit canteq x..meh makan tempe meh..mna mau larik..hihihi....

il ya na said...

tempe oh tempe, meh join lucky draw miszy dian, menang dapat tempe. ekekeke. wa tag lu derr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...