17 JUNE 2012, 9.50PM, saya kehilangan kekanda tercinta, setelah hampir 1 bulan kami berkampung di ICU & berusaha mencari penawar untuk sakitnya, akhirnya sampai sudah waktu Allah menjemput dia pergi...pertama kali melihat jasad tanpa roh, pertama kali terasa begitu besar kehilangan. Mimpi berulang kali melihatnya sihat berseri-seri rupanya tanda dia sudah tidak lama bersama kami. Brain Infection, otak membengkak yg boleh menyebabkan sawan salah 1 punca selepas 3 hari di beri ubat tidur. Darah yg ditambah bagaikan racun, setiap kali tambah darah keadaan dia makin teruk sehingga malam pemergiannya.
Sayu, dia harapan keluarga, dia anak kesayangan ibunda, dia ayah kesayangan anak kecilnya, dia tempat bergantung isterinya. Besar kehilangannya pada kami..
Ya ALLAH, kau maha pengasih kau maha penyayang, Kau tenangkan lah rohnya di sana, Kau tempatkan dia bersama-sama hambamu yang beriman, Kau ampunilah dosa-dosa, YA ALLAH hanya Kau maha mengetahui...amin ya rabbal alamin...
Sayangku Nur Iez, kami harap sayang tabah, Allah lebih sayangkan Abah, lama Abah sakit, kesian dekat Abah, Nur Iez...kita doakan Abah tenang di sana ya sayang...kami tahu syg anak yang cerdik, setiap kali syg bertanya tentang Abah, kami tahu syg dah tahu Abah dah tak bersama kita. Jaga mama baik-baik ye syg bila dah besar nanti. Nur Iez kesayangan Abah & Kami...
~ k a s i h ~